Pakej A berjalan selama 45 mnit dengan menaiki bot bersama River Cruise Teluk Intan bermula di jeti bot penambang dan berakhir di Pulau Bangau. Sebelum Sampai di Pulau Bangau biasanya Pemandu pelancong akan menceritakan serba sedikit sejarah mengenai Teluk Intan . HARGA :
DEWASA : RM 28
KANAK-KANAK : RM 18
!!!!MINIMUM PENUMPANG 5 ORANG!!!!
Lawatan Sambil Belajar
Menyusuri sungai Perak dengan penuh pengalaman menarik melihat suasana alam semulajadi dan aktiviti sosial ekonomi di sepanjang persisir sungai Perak.Selain itu,para pelajar dapat mengetahui sejarah penempatan awal penubuhan Teluk Intan yang dikenali sebagai Telok Mak Intan satu ketika dahulu.Malahan, antara aktiviti yang menarik dapat melihat puluhan ribu ekor burung bangau pelbagai spesis yang tinggal di tengah-tengah sungai yang dikenali Pulau Bangau.
Trip VIP memancing Udang Galah
Trip Memancing Udang Galah dengan pakej lengkap umpan dan peralatan memancing udang galah
D E S T I N A T I O N S
Jom Jelajah Sungai Perak
Sungai Perak yang mengalir dari Hulu Perak sehingga Bagan Datuk punyai seribu satu cerita dan sejarahnya yang dapat kita hayati. Nadi bagi bandar Teluk Intan itu sendiri ialah Sungai Perak, yang mana ditebingnya itu didirikan pelabuhan yang sekaligus membawa kemakmuran dan penambahan ekonomi kepada Teluk Intan. Pelabuhan ini dahulunya penuh dengan kapal wap yang datang untuk membawa barang dagangan. Bangunan-bangunan kolonial juga banyak disekitar tapak pelabuhan Teluk Intan ini. Oleh yang demikian, Jelajah Persisir Sungai Perak yang merupakan sebuah projek pelancongan sungai ala-ala River Cruise telah diwujudkan untuk memudahkan pelancong menyelusuri Sungai Perak di sepanjang Teluk Intan.